Info - Takaful Motor



Pengenalan


Akta Pengangkutan Jalan 1987 menghendaki semua kenderaan bermotor dilindungi insurans sebelum digunakan di jalan raya. Tetapi adakah SEMUA perlindungan insurans atau takaful adalah sama? Tidak semestinya. Walaupun kenderaan bermotor adalah kelas yang ditarifkan, syarikat insurans dan takaful dibenarkan untuk mengenakan paras tambahan dan deduktibel yang berbeza. Tambahan pula, syarikat menawarkan servis dan teknologi yang berlainan serta cara pengurusan tuntutan insurans yang berbeza.

Kami di Takaful IKHLAS, memahami keperluan anda. Dalam hal ini, kami tidak mengenakan tambahan atau melaksanakan deduktibel. Oleh sebab itu, dalam kebanyakan kes, jika berlaku kemalangan, kami menjamin untuk meluluskan tuntutan anda dengan segera melalui proses tuntutan yang mesra pelanggan. Kesemua sebutharga adalah berdasarkan kepada alat ganti tulen. Anda juga boleh menggunakan khidmat bantuan jalanraya 24 jam untuk bantuan jika berlaku kecemasan. Oleh yang demikian, kami telah membina reputasi yang baik bagi penyelesaian tuntutan yang adil dan cepat.

IKHLAS MOTOR menawarkan sejenis perlindungan motor yang dikenali sebagai IKHLAS COMPREHENSIVE MOTOR. Apakah yang dilindungi oleh IKHLAS Motor Takaful?

1. IKHLAS COMPREHENSIVE MOTOR

Perlindungan ini akan memberi gantirugi sekiranya berlaku kehilangan atau kerosakan kepada kenderaan anda di samping liabiliti pihak ketiga. Ia melindungi kematian atau kecederaan kepada pihak ketiga, serta kerosakan kepada harta pihak ketiga yang disebabkan oleh kemalangan yang berpunca daripada penggunaan kenderaan anda.

2. FAEDAH PILIHAN

Faedah berikut boleh didapati dengan membuat sumbangan tambahan:-
  • Liabiliti Penumpang
  • Kerosakan Cermin Pecah
  • Mogok, Rusuhan dan Kekacauan Awam
  • Banjir dan Ribut


Mengapa memilih IKHLAS Motor Takaful?


  • Khidmat Bantuan Jalanraya 24 jam BANTUAN IKHLAS

    Anda boleh menggunakan perkhidmatan ini sekiranya terjadi kerosakan kecemasan. Bagi IKHLAS COMPREHENSIVE MOTOR, perkhidmatan ini akan membolehkan kereta anda ditunda ke panel bengkel kami yang terdekat sekiranya terjadi kemalangan (penundaan percuma sehingga RM200).



  • Sistem Anggaran Tuntutan Elektronik
IKHLAS MOTOR menggunakan teknologi terkini Sistem AnggaranTuntutan Elektronik yang membolehkan kelulusan tuntutan pembaikan kenderaan yang pantas, dalam tempoh 24 jam.



  • E-Covernote
IKHLAS MOTOR membolehkan peserta kami mendapat perlindungan baru dan pembaharuan dengan segera. Ia juga dihubungkan terus secara elektronik dengan JPJ untuk pengeluaran cakera cukai jalan.